Rabu, 8 Januari 2014

CANTIK DI MATA DAN CANTIK DI HATI


Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google





    Wanita tercantik adalah wanita yang memiliki tubuh yang ramping, pinggang yang kecil, betis membujur, rambut yang panjang, berkulit putih, bibir kecil dan penuh, hidung mancung, dan mata yang bersinar.   Itulah persepsi cantik yang ada dalam fikiran kita khususnya wanita.   Persepsi inilah juga yang selalu didedahkan oleh media-media cetak mahupun elektronik bahawa kecantikan seseorang wanita itu hanya luaran sahaja.
   Menyukai kecantikan dan keindahan adalah sesuatu yang fitrah dan kecenderungan yg dimiliki oleh setiap wanita.   Perasaan ingin cantik ini juga adalah nikmat dari Allah SWT.   Namun kita seringkali silap dalam mendifinisikan maksud kecantikan yang sebenarnya.   Kita menganggap bahawa kecantikan wanita hanya tertumpu pada keindahan fizikal atau secara lahiriah saja. Seringkali kita menyaksikan betapa banyak wanita cantik di dunia ini tapi keindahannya itu tidak lengkap.  Peribadinya adalah peribadi yang tidak menyenangkan, kehidupannya huru-hara. Perilakunya tidak cantik bahkan menimbulkan masalah bagi diri sendiri dan orang lain.
   Padahal ALLAH menciptakan kita bukanlah dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk :
لقد خلقنا الانسان فى أحسن تقويم
 "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


   Siapakah yang membuat standard penilaian terhadap ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa ? Wahai para wanita percayalah bahawa wanita tercantik adalah wanita yang mampu memahami bahawa dia diciptakan dengan sebaik baik bentuk dan dia diciptakan adalah untuk beribadah kepadaNya sebagaimana firman Allah S.W.T :
                               

                                                   وما خلقت الجن والانسان الا ليعبدون 
 "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." 


   Berbahagialah ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tetapi juga cantik hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Tapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang di sekitar kita.
                                                   .اللهم كما حسنت خلقى فحسن خلقى
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadian (fizikal) ku, maka perindahkanlah pula akhlakku..(HR. Ahmad)



Wallahua'lam.

Jumaat, 3 Januari 2014

PRODUK SKINCARE D'HATI BEAUTY CARE


Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google


                           





D'Hati Beauty Care merupakan produk kecantikan 3 dalam 1 yang dirumus khas dari sumber semulajadi untuk rawatan kulit wajah yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan sebenar.

Mengandungi bahan semulajadi seperti madu, betik, bunga matahari, kunyit serta tumbuhan yang asli.Ia tidak mengandungi campuran bahan lemak haiwan atau unsur plasenta haiwan atau manusia.

Produk D'hati Beauty Care adalah 100% HALAL, SELAMAT dan BERKESAN.Dirumus menggunakan tumbuhan terpilih Ia juga sama sekali tidak menggunakan MERCURI atau HYDROQINOIN dan bahan semulajadi seperti madu, betik, bunga matahari, kunyit serta tumbuhan yang asli.Ia tidak mengandungi campuran bahan lemak haiwan atau unsur plasenta haiwan atau manusia.

Produk D'hati Beauty Care adalah barangan buatan Malaysia (bukan produk yang dibawa masuk ke Malaysia & direbranding @ repacking)  


Fungsi utama:
  • merawat dan melindungi kulit wajah dengan meningkatkan metabolisma kulit
  • menghilangkan jerawat dan parut jerawat
  • mencerahkan kulit yang kusam
  • menyeragamkan tona kulit yang tidak sekata
  • menjana sel-sel baru
  • membersihkan secara mendalam
  • melambatkan proses penuaan
  • mengurangkan kedutan/garis2 halus
  • menegangkan kulit dan 
  • mengekalkan kelembapan kulit
  • mengawal minyak berlebihan
  • menghilangkan blackhead & whitehead



HANYA DENGAN 3 LANGKAH MUDAH  :

( 1) Cuci muka anda dengan Sabun Bio Cerah D'Hati Beauty Care 2-3 kali         sehari.




  • Pencuci muka akan membuang segala kotoran dan minyak yang berada di dalam riang roma kulit
  • Dirumus daripada bahan semulajadi dan mengandungi Vitamin E.
  • Ia bertindak sebagai pembersih kulit wajah dengan meningkatkan metabolisme kulit, memelihara dan melindungi kulit daripada penuaan serta mengurangkan bintik2 hitam, jeragat dan jerawat. 
  • Ia juga membantu melembutkan, mencerahkan, meningkatkan keanjalan kulit serta mengekalkan kelembapan semulajadi untuk rasa segar, licin, lembut, bersih, cerah dan tampak berseri.



(2)  Sapukan Krim Siang D'hati Beauty Care




  • Krim siang mengandungi kesan bahan yang berulang menghilangkan kesan jerawat, jeragat dan bintik hitam di muka. 
  • Ia mengembalikan kulit yang kusam dan yang paling penting ialah dapat mencerahkan kulit serta menjadikan kulit anda lebih anjal dan sekata.
# sapu krim secara lembut pada wajah anda iaitu semasa muka masih lembap untuk        memudahkan krim diratakan.
#Krim perlu disapu nipis2 sahaja kerana sapuan yang pertama sahaja yang meresap dalam    kulit anda. Lebihan krim yang lain masih berada di ataspermukaan kulit anda.
#Gunakan krim siang pada waktu siang hari sebagai pelindung UV dan boleh dijadikan    sebagai alas bedak.





(3) Sapukan Krim Malam D'hati Beauty Care





  • Dirumus dari bahan semulajadi dengan bantuan Vitamin E untuk merawat kulit dengan menghilangkan jerawat, jeragat, garis2 halus, mengecilkan pori2 kulit, melembutkan, mencerahkan dan menjadikan kulit tampak muda berseri semulajadi tanpa cela.
  • Gunakan krim malam pada waktu malam sebaiknya sebelum tidur.






P/s: Kulit setiap individu adalah berbeza, jadi kesannya juga berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Bersabarlah dan yakin lah.. dengan izin Nya, anda akan memiliki kulit yg sihat, cantik, cerah, gebu, pinkish dan berseri seperti yg lain juga...InsyaAllah...:)


========================================================
ANTARA TESTIMONI DARI PENGGUNA D'HATY BEAUTY CARE
  






HARGA  D'HATI BEAUTY CARE - SET BESAR RM130+ postage  
                                                            - SET KECIL  RM 80+ postage

BERMINAT INGIN MENCUBA??
SMS/WHATSAPP SAHAJA KE 012-9696975






















Rabu, 1 Januari 2014

TERUJA KE SEKOLAH

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google


Assalamualaikum w.b.t




   Hari pertama persekolahan sesi 2014 di sebelah pantai timur telahpun bermula.Anak saya Muhammad Faiz Hakimi sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahannya dan masuk ke alam baru. Hari ini si abah mengambil cuti semata-mata untuk menghantar dan menemaninya di sekolah, di samping mendengar taklimat dari pihak sekolah.  Sebelum itu abang-abangnya, si along dan angah telahpun memberi peringatan dan panduan ketika berada di sekolah. Siap bagi amaran tidak boleh buat itu dan ini, cikgu-cikgu garang dan macam-macam lagi.  

   Saya tidak terlalu risaukan Faiz kerana abangnya ada untuk tolong tengok-tengokkan si adik.Saya tahu dia jenis yang pandai bawa diri dan berdikari.  Namun apa yang membimbangkan saya ialah tahap akademiknya yang kurang memberangsangkan.  Saya tidaklah mahu menunding jari menyalahkan tadikanya seratus peratus kerana saya sebagai ibunya juga memainkan peranan.  Tetapi  telah ramai rupanya ibubapa yang 'melarikan' anak mereka ke tadika lain kerana tiada perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

   Sebelum ini tadika tersebut agak terkenal dan ramai ibubapa yang menghantar anak mereka ke situ, termasuk saya.  Namun mulai tahun lepas tadika tersebut macam sedikit merosot apabila anak saya Faiz masih belum dapat membaca sedangkan ketika itu sudah masuk bulan Ogos.  Sebenarnya, saya telah menghantar Faiz ke tadika tersebut ketika umurnya 5 tahun.  Apabila masuk 6 tahun iaitu pada tahun lepas, saya berniat untuk memindahkan Faiz ke tadika lamanya semasa dia berumur 4 tahun.  Walau bagaimanapun Faiz merengek-rengek tidak mahu ke tadika lamanya kerana takutkan cikgu yang garang.  Jadi, saya tiada pilihan selain menghantarnya ke situ.  Lagi pula tadika tersebut berhampiran dengan sekolah abang-abangnya.  Jadi saya tidak perlu melalui jalan yang berlainan untuk menghantar anak-anak .     

  Bermula bulan Januari hingga masuk bulan Ogos, Faiz masih belum dapat membaca.  Ini membimbangkan saya dan suami.  Kami sepakat untuk memindahkan Faiz ke tadika lain yang berhampiran walaupun yurannya agak mahal.  Kebetulan saya hampir hendak bersalin.  Jadi saya memberikan alasan kepada cikgunya untuk berpindah ke tadika berhampiran rumah bagi memudahkan suami menghantarnya sepanjang tempoh berpantang.  Sebelum ini tugas menghantar dan mengambil anak hampir 99% diuruskan oleh saya. Ini kerana laluan ke tempat kerja suami bertentangan dengan laluan ke sekolah saya dan anak-anak.  Alhamdulillah, dalam tempoh dua bulan selepas itu Faiz sudah pandai membaca walaupun tidak berapa lancar.  Cuma untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik, dia agak ketinggalan kerana cikgu tadikanya terpaksa tumpukan kepada kemahiran membaca.

   Pada minggu depan, pihak sekolah akan mengadakan ujian bagi murid tahun satu untuk menentukan tahap dan kelas murid.  Subjek Bahasa Inggeris adalah wajib dikuasai murid dan akan diuji pada hari tersebut, begitu juga dengan subjek Matematik.  Saya berdoa dan berharap agar Faiz tidak dilempatkan di kelas yang tercorot.  Moga Faiz dapat menjawab ujian yang akan diadakan nanti dengan lancar dan mudah, Insya Allah.Wallahua'klam



SALAM UKHUWWAH DAN SALAM PERKENALAN


Teks : Nik Norliza NIk Mat
Foto : Carian Google

Assalamualaikum w.b.t

   Salam perkenalan dihulurkan kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan membaca blog saya ini.  Alhamdulillah, ini adalah entri saya yang pertama dan ia bermula pada hari pertama tahun baru 2014.  Rasa teruja untuk menyiapkan entri ini memandangkan saya tidak mahir untuk berbicara melalui penulisan.  Harapan agar rakan pembaca sudi berkongsi ilmu dan tip dengan saya dalam dunia blogging ini.  Harapan juga agar Allah s.w.t memberikan kekuatan dan semangat untuk terus menulis dan berkongsi ilmuNya yang amat luas di dalam blog ini.

   Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.Nama sebenar saya, NIK NORLIZA BINTI NIK MAT.  Saya dilahirkan di Kota Bharu dan dibesarkan di Kedah dan Kelantan.  Mendapat pendidikan peringkat rendah di Jitra, Kedah. Manakala peringkat menengah saya bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu (I love MMP).  Saya kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan.  Selepas bergelar siswazah selama 3 bulan, saya ditugaskan buat pertama kalinya sebagai pendidik di Tawau, Sabah.

   Setelah bertemu jodoh pada tahun 2002,permohonan saya untuk berpindah ke Semenanjung telah diluluskan dan saya telah ditugaskan ke SMK Bukit Bunga, Tanah Merah.  Selama 2 tahun di situ, saya sekali lagi berpindah ke daerah Pasir Puteh dan bertugas di SMK Cherang Ruku sehingga sekarang. Kini hidup saya bahagia dan lengkap bersama suami tercinta beserta 5 orang cahayamata.

   Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, saya berasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.  Dengan kos hidup yang semakin tinggi dan perbelanjaan anak-anak yang semakin membesar, saya mula tekad untuk berniaga.  Walau bagaimanapun saya mempunyai masalah untuk bergerak ke sana sini kerana mempunyai anak-anak yang masih kecil.  Terlintas di fikiran saya untuk berniaga secara online kerana bagi saya sambil menyusukan atau menidurkan anakpun kita masih dapat berurusan dengan customer.

   Selepas tamat berpantang anak kelima baru-baru ini, saya telah melakukan solat hajat dan meminta izin dari suami untuk berniaga.  Saya telah mengeluarkan sedikit modal untuk memulakan bisnes saya menjual produk skincare iaitu D'HATI BEAUTY CARE.  Skincare ini sangat bagus dan berkesan dan saya amat berpuas hati dengan produk ini.  Produk skincare ini saya kenali ketika dalam pantang apabila terbaca satu post dalam facebook mengenainya.  Saya memberanikan diri untuk mencubanya kerana pada ketika itu wajah saya agak teruk kesan dari perubahan hormon semasa mengandung. Setelah mencuba dalam tempoh sebulan, saya dapati perubahan dan perbezaan di wajah saya.  Apabila mula bekerja setelah tamat tempoh berpantang, rakan-rakan menegur wajah yang nampak licin,gebu, cerah dan berseri walaupun baru lepas bersalin.  Ramai di antara mereka mula bertanya produk apa yang saya pakai.  Bermula dari situlah tergerak hati saya untuk menjual produk ini setelah mencubanya sendiri.  Sebelum ini saya memang kerap bertukar-tukar produk skincare.  Semua skincare yang ada dalam iklan tv dan majalah mingguan wanita telah saya cuba, tetapi satupun tak kekal dan sesuai dengan saya.  Apabila memakai D'HATI BEAUTY SKINCARE, saya terus jatuh hati.

   Saya sarankan kepada rakan-rakan pembaca untuk mencuba produk skincare ini.  Insha Allah, ia berkesan dan selamat untuk semua jenis kulit.  Ia mampu menyelesaikan segala masalah seperti kulit kusam, jerawat,jeragat, tona tidak sekata, kelihatan tua dari usia dan banyak lagi.  Kepada yang berminat boleh emel saya di pn.niknorlizanikmat@gmail.com


Wassalam.