Teks : Nik Norliza Nik Mat
APAKAH TOKSIN ? HUBUNGKAIT DENGAN BEKAM...
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar.Manakala,kajian secara rawak menunjukkan Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan Pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.
Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,”
Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal.
Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat ,kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan. Secara normal,proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.
Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali kita makan, sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.
Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.
Bagaimana untuk membuang toksin dengan lebih berkesan???
Jawapannya ialah kaedah bekam kerana bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Jika darah kotor ini dibiarkan dan berada lama didalam badan manusia ia akan mengundang pelbagai penyakit kronik pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.
Hijama ( Bekam) is the best remedies:
Anas ibn Malik r.a reported that the Nabi PBUH said, "Indeed the best of remedies you have is cupping (hijama)..Bukhaari (5371)
Jika bekam tidak dikira mukjizat medik Baginda s.a.w masakan penduduk langit menasihatkan Baginda pada malam isra' mi'raj. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi :
[ما مررت ليلة أسري بي بملإ إلا قالوا يا محمد مر أمتك بالحجامة ]
"Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku di isra'kan, kecuali mereka berkata, 'Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!" (Sahih al Jaami' : 5671)*
*Dipetik dari buku Bekam; Sunnah Nabi & Mukjizat Medis, Syihab Al Badri Yasin..