Selasa, 14 Oktober 2014

PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Nik Norliza Nik Mat

   Hari ini saya ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan PT3 di sekolah saya.  Kami dikehendaki hadir dan lapor diri di dewan peperiksaan seawal 7.15 pagi.  Saya dapat sampai ke sekolah awal dari biasa tetapi tidaklah tepat-tepat 7.15 pagi. Ini adalah kerana saya perlu menghantar kelima-lima anak saya ke destinasi masing-masing sebelum meneruskan perjalanam ke tempat kerja. Dua orang  anak saya yang kecil perlu diletakkan di taska.  Sekiranya taska buka awal,  maka awal lah saya ke sekolah pada hari itu.  Seterusnya saya perlu menghantar anak sulong, kedua dan ketiga saya ke sekolah mereka.  Kemudian barulah saya dapat menuju ke tempat kerja. Kalaulah saya ni sorang diri sahaja ,rasanya saya antara orang yang terawal sampai di sekolah.
  Mood saya pada awal pagi ini agak baik kerana pengurusan anak-anak ke sekolah berjalan lancar. Walau bagaimanapun mood saya berubah menjadi sedikit stress apabila mengawas peperiksaan PT3 bagi kelas hujung. Ini adalah kerana sikap pelajar yang tidak cakna kepada masa depan mereka apabila tidak menjawab soalan dan bercakap-cakap dengan rakan sebelah serta tidur. Emosi saya sungguh tidak stabil melihat sikap pelajar demikian. Tidak tahulah apa yang difikirkan mereka saat berada dalam dewan peperiksaan. Mungkin mereka hanya mengharapkan peperiksaan segera selesai dan dapatlah mereka bebas dari kongkongan guru dan pelajaran.  Biasanya di sekolah saya ini apabila tamat peperiksaan nanti akan kedengaranlah bunyi dentuman mercun bertalu-talu seolah-olah berada di Syria dan Palestin bagi menandakan kebebasan dari peperiksaan.Masya Allah.
  

1 ulasan: