Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Koleksi peribadi
Alhamdulillah pada dinihari tadi saya menerima perkhabaran yang menggembirakan. Adik perempuan saya yang berumur 37 tahun, Nik Norashikin telah selamat melahirkan bayi sulongnya secara pembedahan Sesungguhnya inilah khabar yang dinantikan oleh kami sekeluarga apatah lagi beliau yang telah lama menunggu.
Adik saya ini telah mendirikan rumahtangga kali pertamabebrapa tahun yang lalu, walau bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun lebih sahaja. Beliau pernah mengandung tetapi keguguran sebanyak dua kali. Mungkin sudah ketetapan Allah s.w.t, sekiranya beliau mengandung & melahirkan kemudian ditinggalkan suami sudah tentulah hidupnya agak sukar sebagai ibu tunggal. Beliau bertemu jodoh kali kedua dengan seorang duda dan menunggu hampir 2 tahun untuk mendapat cahaya mata. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan oleh adik dan pasangannya. Alhamdulillah ibu dan baby sihat walau kelahiran secara pembedahan. Tak sabar rasanya nak tengok baby baru yang diberi nama Nur Hajar 'alya Bt Mohd Fairol Helmi.
Baby Nur Hajar 'Alya dah luas celik mata walau baru berumur 4 hari
tahniah
BalasPadam