Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Koleksi Peribadi
PROGRAM JIWA TURBO KALI PERTAMA (JTR) YANG SAYA HADIRI
Assalamualaikum, terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang masih sudi singgah di blog saya ini yang tidak seberapa ini. Kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi sesuatu yang bagi saya adalah sangat istimewa iaitu Program Jiwa Turbo Rezeki atau ringkasannya JTR. Program ini dianjurkan oleh Smart Tycoon Group di bawah ketua yang hebat iaitu Pn. Hajjah Siti Atkah sebagai pengasasnya. Program ini terbuka kepada orang ramai dengan sedikit bayaran. ia sentiasa diadakan dalam 3,4 bulan sekali. JTR adalah pengisian ilmu dari segi motivasi dan juga mempelajari bagaimana mengatur hidup ini dengan mudah samada dari segi emosi dan juga rezeki. Program ini sesuai untuk semua golongan samada pelajar, pekerja, suri rumah guru, isteri, suami ataupun ahli bisnes.
Pada 30-31 Ogos 2014 yang lalu saya telah berpeluang menghadiri JTR buat kali pertama. JTR kali ini diadakan di Gambang Resort, Kuantan. Alhamdulillah, bila kita niat untuk mencari ilmu dan hikmah Allah ini maka Allah permudahkan urusan. Setelah mendapat keizinan suami saya mencari tiket bas dari Jerteh ke Kuantan sebanyak 4 seat iaitu 1 untuk dewasa dan 3 untuk kanak-kanak. Saya terpaksa membawa bersama bayi saya yang baru masuk umur setahun ketika itu. Syukur juga kerana saya ada adik yang tinggal di Kuantan dan kebetulan ketika itu dia baru habis belajar dan dapat pulang ke rumahnya. Saya tinggal di rumahnya selama 3 hari dua malam. Itu sudah menjimatkan bayaran penginapan saya sekeluarga kerana sewa apartmen di Gambang adalah sekitar RM300 -RM500.
Hari pertama kami diminta untuk memakai pakaian bertemakan warna oren.....mujur ada baju warna oren dalam koleksi saya. Saya memang teruja kalau dapat join seminar-seminar seperti ini, tidak sabar-sabar untuk berada di barisan hadapan. Bila sahaja pintu dewan dibuka terus saya meluru dan berlari ke barisan hadapan...dapatlah barisan yang kedua. Slot pertama adalah bersama Pn.Hjh Siti Atkah atau kami panggil dengan panggilan kak Siti. Memang bersemangat dan bertenaga apabila kak Siti bercakap walau usianya sudah 50 an. Pada hari pertama ini kami di ajar tentang Khutbah diri, Terapi Bismillah , Terapi Azan, The Power Of Magnet dan DaDa (Doa Awal Doa Akhir). Selesai program hari pertama ini dalam pukul 5.30 petang. Apabila pulang ke rumah adik, saya dimaklumkan bayi saya sedikit meragam dan asyik menangis. Jadi pada pagi esokannya iaitu hari kedua program , saya mengamalkan Khutbah Diri dengan meminta Allah supaya anak saya dalam keadaan baik-baik. Alhamdulillah pada masa rehat dalam pukul 10 pagi apabila saya telefon adik bertanyakan khabar bayi, dia jawab anak saya baik-baik sahaja dan tiada masalah. Lega saya mendengarnya dan dapatlah saya fokuskan kepada seminar saya itu. Pada slot sebelah petang kami didedahkan dengan keluaga bkasihSTG dan cara berbisnes dengan STG MILLIONARE ACADEMY. Memang berbaloi dan tidak rugi keputusan saya untuk join program JTR ini khasnya dan menyertai group STG amnya. Apabila pulang dari program ini saya rasa lebih positif dan tenang dalam menghadapi rutin harian saya terutamanya dalam menguruskan keluarga dengan anak-anak yang masih kecil serta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan STG & JTR.
PESERTA JTR SEDANG MENGIKUTI SLOT KUASA MINDA PADA HARI KEDUA DENGAN TEMA PAKAIAN BERWARNA BIRU.
PN. HJH SITI ATKAH, SIFU DAN MENTOR YANG HEBAT
PESERTA SEDANG KHUSYUK MENULIS IMPIAN MEREKA DALAM "WISH CARD"
BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PESERTA JTR PADA HARI PERTAMA DENGAN TEMA PAKAIAN BERWARNA OREN
buat kat kuantan aje ke, liza?
BalasPadamzeki tu apa maknanya?