Sabtu, 7 Mac 2015

CARA-CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN.

Teks  : Nik Norliza Nik Mat

APAKAH TOKSIN ? HUBUNGKAIT DENGAN BEKAM...

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar.Manakala,kajian secara rawak menunjukkan Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan Pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.
Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,”

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal.

Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat ,kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan. Secara normal,proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali kita makan, sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Bagaimana untuk membuang toksin dengan lebih berkesan???

Jawapannya ialah kaedah bekam kerana bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Jika darah kotor ini dibiarkan dan berada lama didalam badan manusia ia akan mengundang pelbagai penyakit kronik pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.

Hijama ( Bekam) is the best remedies:

Anas ibn Malik r.a reported that the Nabi PBUH said, "Indeed the best of remedies you have is cupping (hijama)..Bukhaari (5371)

Jika bekam tidak dikira mukjizat medik Baginda s.a.w masakan penduduk langit menasihatkan Baginda pada malam isra' mi'raj. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi :
[ما مررت ليلة أسري بي بملإ إلا قالوا يا محمد مر أمتك بالحجامة ]
"Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku di isra'kan, kecuali mereka berkata, 'Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!" (Sahih al Jaami' : 5671)*

*Dipetik dari buku Bekam; Sunnah Nabi & Mukjizat Medis, Syihab Al Badri Yasin..

Jumaat, 13 Februari 2015

MERAWAT PENYAKIT HANYA DENGAN TIDUR JER...

Rawatan dengan lapik tilam Bio Velocity, lapik tilam yang disuntik dengan garam laut dalam yang tida tercemar didedahkan dengan cahaya dhuha serta dipertingkatkan dengan tenaga Bio Velocity.Mampu merawat penyakit terutama yang berkaitan dengan saraf.

Berminat boleh sms : 012-9696975 (K.NIK)

Program Hebat Kembali Lagi

★PREVIEW JIWA TURBO REZEKI★
Anda betul-betul serius nak belajar, kami pun serius nak membantu kerana kejayaan milik orang yang serius ingin berjaya.
Pendaftaran adalah percuma.

Pm saya segera untuk mendaftar sekarang.
Tempat adalah terhad.
Ketahui rahsia formula hidup mudah yang akan didedahkan oleh Sifu Pn Hjh Siti Atkah.
15 sahaja lagi kekosongan....cepat2.

Call/sms/whassup : 012-9696 975

Perginya ulamak agung

Catatan hiba seorg sahabat

12.2.2015: Sebaik shj menerima berita kematian TGNA pd jam 9.40 mlm, sya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama2 rakan2 lain menziarahi Allahyarham TG. Perjalanan biasa selama 20 minit dri rumah scya ke P.Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan  ramai yg dtg utk ziarah TG. Sesampai shj di rumah TG, ribuan hadirin sdg menungu giliran utk masuk ke rumah. Sya mengambil keputusan utk menunggu dlm masjid bersebelahan rumah TG bgi memberikan peluang kpd org lain menziarahi TG. Hampir jam 3 pgi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah sya masuk ke rumah utk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pgi sya kembali semula ke masjid utk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. Ternyata sya tak dpt tidur walaupun sya memaksa & memejamkan mata. Dlm fikiran sya tidk henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi sya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sdg solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu skrg hampir jam 6 pgi. Kami seperti menunggu-nunggu TG utk muncul dari pintu kecil brsebelahan rumahnya utk solat bersama. Tiba2 shj sya menjadi sebak. Air mata yg sya tahan dari awal malam tidak dpt dibendung lgi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lgi sya menahannya. Sya tahu TG sudah tiada. Tapi sya seperti terbayang2 kelibatnya berjalan dgn penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid utk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari2 biasa. Air mata sya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat2 spt menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. Kedengaran hadirin lain teresak2 dalam alunan azan Subuh... Mereka jg merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama,  tiada lgi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini. Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ust. Nik Radzi masuk bgi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah spt TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. Sya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan drp ahli jemaah semasa solat Subuh pgi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG... dan kita akan rindu pda TG yg disayangi...