Selasa, 14 Oktober 2014

PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Nik Norliza Nik Mat

   Hari ini saya ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan PT3 di sekolah saya.  Kami dikehendaki hadir dan lapor diri di dewan peperiksaan seawal 7.15 pagi.  Saya dapat sampai ke sekolah awal dari biasa tetapi tidaklah tepat-tepat 7.15 pagi. Ini adalah kerana saya perlu menghantar kelima-lima anak saya ke destinasi masing-masing sebelum meneruskan perjalanam ke tempat kerja. Dua orang  anak saya yang kecil perlu diletakkan di taska.  Sekiranya taska buka awal,  maka awal lah saya ke sekolah pada hari itu.  Seterusnya saya perlu menghantar anak sulong, kedua dan ketiga saya ke sekolah mereka.  Kemudian barulah saya dapat menuju ke tempat kerja. Kalaulah saya ni sorang diri sahaja ,rasanya saya antara orang yang terawal sampai di sekolah.
  Mood saya pada awal pagi ini agak baik kerana pengurusan anak-anak ke sekolah berjalan lancar. Walau bagaimanapun mood saya berubah menjadi sedikit stress apabila mengawas peperiksaan PT3 bagi kelas hujung. Ini adalah kerana sikap pelajar yang tidak cakna kepada masa depan mereka apabila tidak menjawab soalan dan bercakap-cakap dengan rakan sebelah serta tidur. Emosi saya sungguh tidak stabil melihat sikap pelajar demikian. Tidak tahulah apa yang difikirkan mereka saat berada dalam dewan peperiksaan. Mungkin mereka hanya mengharapkan peperiksaan segera selesai dan dapatlah mereka bebas dari kongkongan guru dan pelajaran.  Biasanya di sekolah saya ini apabila tamat peperiksaan nanti akan kedengaranlah bunyi dentuman mercun bertalu-talu seolah-olah berada di Syria dan Palestin bagi menandakan kebebasan dari peperiksaan.Masya Allah.
  

Ahad, 12 Oktober 2014

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian google

   Hari ini iaitu pada 13 oktober 2014 bermulalah peperiksaan PT3 bagi pelajar-pelajar tingkatan 3.  Tahun ini adalah tahun pertama perlaksanaan PT3 bagi menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR.
   Jika dilihat dari persediaan pelajar memang agak mendukacitakan kerana peperiksaan kali ini diurus oleh pihak sekolah dan bukan lagi Lembaga peperiksaan Malaysia.  Mungkin bagi pelajar mereka berasakan peperiksaan ini seperti peperiksaan akhir tahun biasa,  maka persediaan merekapun biasa-biasa juga.  Namun bagi guru, walaupun dasar dan cara berubah usaha dan gerak kerja mereka masih tetap seperti dulu. Sentiasa bersungguh-sungguh mendidik pelajar, sentiasa bersedia dengan bahan-bahan belajar.
   Walau apapun kita berharap peperiksaan kali ini berjalan lancar dan tidak timbul kesulitan sangat bagi pihak guru.

Jumaat, 10 Oktober 2014

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Koleksi Peribadi

     Di dalam entri sebelum ini saya berkongsi tentang pengalaman saya semasa ayah saya, abi menjalani  pembedahan penyakit hernia.  Entri kali ini ingin saya berkongsi pula perasaan saya selepas abi menjalani pembedahan.  Abi mempunyai 9 orang anak,  walau bagaimanapun hanya dua orang anaknya sahaja yang tinggal berhampiran rumahnya termasuk saya.  Walaupun jauh sedikit iaitu dalam sejam perjalanan tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana sudah biasa.  Semasa abi dibedah hanya saya & abang Long saya yang menunggu di hospital termasuk emak kami, umi.  Pada hari pembedahan dilakukan saya perhatikan tiadapun adik beradik kami yang bertanyakan khabar tentang situasi abi melalui telefon.  Kalau adapun hanya bertanya melalui whassup sahaja,  itupun tidak berhubung terus dengan umi atau abi.  

     Apabila saya suarakan rasa tidak puas hati ini di dalam group whassup keluarga,  respon yang diberikan amatlah mengejutkan saya. Tidak sangka pula ayat-ayat itu yang keluar dari mulut abang kami yang mempunyai didikan agama dan belajar tinggi hingga ke Mesir serta mempunyai isteri juga dari tahap pendidikan yang sama. Katanya abi bukan mati lagipun kalau mati barulah pak imam turun, maksudnya kalau abi mati dia sebagai seorang ustaz dan tok imam akan balik. Sayapun tidak tahu apa yang dia tidak puas hati terhadap umi dan abi.  Tetapi sebagai anak tidak patut kita berkata begitu,  apa yang dilakukan oleh ibu bapa maafkan sahaja...LET IT GO!  Namun bagi saya tiada apa-apa yang tidak kena di mata saya,  bila pulang ke rumah umi,  dia sekeluarga mendapat layanan yang baik dari kami walau kami tidak berkenan dengan isterinya yang pemalas dan tidak pandai mengambil hati mertua dan ipar duai.  Tetapi kami masih lagi menjaga perasaan dia sekeluarga.  Bila hendak pulang,  ada sahaja buah tangan dan duit dihulurkan kepada anak-anaknya. Bila saya bacakan mesej whassup ini kepada umi, memang umi marah dan umi ungkit segala peristiwa lama yang berkaitan dengannya terutama isu dia hendak berumahtangga. Saya harap dia sedar dengan sikapnya itu terhadap ibu bapa,  memang Allah tidak beri peluang kepada dia berbakti kepada abi yang sedang sakit padahal itulah sahaja peluang yang kita ada sebagai seorang anak. Allahuakbar...Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil. Amin.

Selasa, 7 Oktober 2014

PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Koleksi Peribadi


    Hari ini saya mengambil cuti rehat khas untuk menunggu abi yang akan menjalani pembedahan lebih kurang jam 11.00 pagi.   Abi adalah pesakit kedua yang akan dibedah pada pagi ini.  Saya tak sempat berjumpa dan bersalam dengan abi sebelum beliau masuk ke dewan bedah.  Jadi saya hanya tunggu di ruangan khas selepas pembedahan.  Harap-harapnya abi berada dalam keadaan stabil dan sihat.

     Alhamdulillah,  selesai sudah proses pembedahan abi setelah 3 jam berada di dalam dewan pembedahan. Saya dapat bertemu dengan abi dalam setengah jam sebelum bertolak balik untuk mengambil anak-anak yang tamat kelas fardhu ain pukul 4.30.  Insha Allah jika tiada apa-apa masalah abi akan keluar wad keesokan harinya.

Abi diziarahi oleh anak sulongnya Nik Jailani bersama cucu-cucunya

Isnin, 6 Oktober 2014

UJIAN DATANG LAGI.


Teks.   : Nik Norliza Nik Mat
Foto.   : Koleksi peribadi


   Hari ini hari raya haji yang kedua,  ayah saya atau abi dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi menjalani pembedahan penyakit Hernianya atau uluran.   Sebelum ini abi pernah dibedah pada 10 tahun yang lalu kerana penyakit yang sama,   namun penyakitnya itu datang kembali.  Abi diserang penyakitnya itu pada bulan puasa yang lalu selepas solat asar.   Apabila dibawa ke hospital abi meminta doktor terus melakukan pembedahan kerana tidak tahan sakit,  namun doktor memberikan ubat dan memantau keadaan beliau terlebih dahulu.  Apabila keadaannya stabil maka doktor memberikan tarikh yang sesuai untuk dibedah. 

Ahad, 28 September 2014

KEHADIRAN INSAN BARU

Teks   :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :   Koleksi peribadi



    Alhamdulillah pada dinihari tadi saya menerima perkhabaran yang menggembirakan.  Adik perempuan saya yang berumur 37 tahun,  Nik Norashikin telah selamat melahirkan bayi sulongnya secara pembedahan   Sesungguhnya inilah khabar yang dinantikan oleh kami sekeluarga apatah lagi beliau yang telah lama menunggu.
    Adik saya ini telah mendirikan rumahtangga kali pertamabebrapa tahun yang lalu, walau bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun lebih sahaja.  Beliau pernah mengandung tetapi keguguran sebanyak dua kali.   Mungkin sudah ketetapan Allah s.w.t, sekiranya beliau mengandung & melahirkan kemudian ditinggalkan suami sudah tentulah hidupnya agak sukar sebagai ibu tunggal.  Beliau bertemu jodoh kali kedua dengan seorang duda dan menunggu hampir 2 tahun untuk mendapat cahaya mata.  Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan oleh adik dan  pasangannya.   Alhamdulillah ibu dan baby sihat walau kelahiran secara pembedahan.   Tak sabar rasanya nak tengok baby baru yang diberi nama Nur Hajar 'alya Bt Mohd Fairol Helmi.


Baby Nur Hajar 'Alya dah luas celik mata walau baru berumur 4 hari


Selasa, 23 September 2014

JIWA OK SEMUA OK




Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Koleksi Peribadi


PROGRAM JIWA TURBO KALI PERTAMA (JTR) YANG SAYA HADIRI


         Assalamualaikum,  terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang masih sudi singgah di blog saya ini yang tidak seberapa ini.   Kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi sesuatu yang bagi saya adalah sangat istimewa iaitu Program Jiwa Turbo Rezeki atau ringkasannya JTR.  Program ini dianjurkan oleh Smart Tycoon Group di bawah ketua yang hebat iaitu Pn. Hajjah Siti Atkah sebagai pengasasnya.  Program ini terbuka kepada orang ramai dengan sedikit bayaran.  ia sentiasa diadakan dalam 3,4 bulan sekali. JTR adalah pengisian ilmu dari segi motivasi dan juga mempelajari bagaimana mengatur hidup ini dengan mudah samada dari segi emosi dan juga rezeki. Program ini sesuai untuk semua golongan samada pelajar, pekerja, suri rumah  guru,  isteri, suami ataupun ahli bisnes.
   
         Pada 30-31 Ogos 2014 yang lalu saya telah berpeluang menghadiri JTR buat kali pertama. JTR kali ini diadakan di Gambang Resort, Kuantan.  Alhamdulillah,  bila kita niat untuk mencari ilmu dan hikmah Allah ini maka Allah permudahkan urusan. Setelah mendapat keizinan suami saya mencari tiket bas dari Jerteh ke Kuantan sebanyak 4 seat iaitu 1 untuk dewasa dan 3 untuk kanak-kanak. Saya terpaksa membawa bersama bayi saya yang baru masuk umur setahun ketika itu. Syukur juga kerana saya ada adik yang tinggal di Kuantan dan kebetulan ketika itu dia baru habis belajar dan dapat pulang ke rumahnya.  Saya tinggal di rumahnya selama 3 hari dua malam. Itu sudah menjimatkan bayaran penginapan saya sekeluarga kerana sewa apartmen di Gambang adalah sekitar RM300 -RM500.

         Hari pertama kami diminta untuk memakai pakaian bertemakan warna oren.....mujur ada baju warna oren dalam koleksi saya.  Saya memang teruja kalau dapat join seminar-seminar seperti ini,  tidak sabar-sabar untuk berada di barisan hadapan.  Bila sahaja pintu dewan dibuka terus saya meluru dan berlari ke barisan hadapan...dapatlah barisan yang kedua.  Slot pertama adalah bersama Pn.Hjh Siti Atkah atau kami panggil dengan panggilan kak Siti. Memang bersemangat dan bertenaga apabila kak Siti bercakap walau usianya sudah 50 an.  Pada hari pertama ini kami di ajar tentang Khutbah diri, Terapi Bismillah , Terapi Azan, The Power Of  Magnet dan DaDa (Doa Awal Doa Akhir).  Selesai program hari pertama ini dalam pukul 5.30 petang.  Apabila pulang ke rumah adik, saya dimaklumkan bayi saya sedikit meragam dan asyik menangis.  Jadi pada pagi esokannya iaitu hari kedua program , saya mengamalkan Khutbah Diri dengan meminta Allah supaya anak saya dalam keadaan baik-baik. Alhamdulillah pada masa rehat dalam pukul 10 pagi apabila saya telefon adik bertanyakan khabar bayi, dia jawab anak saya baik-baik sahaja dan tiada masalah.  Lega saya mendengarnya dan dapatlah saya fokuskan kepada seminar saya itu.  Pada slot sebelah petang kami didedahkan dengan keluaga bkasihSTG dan cara berbisnes dengan STG MILLIONARE ACADEMY.  Memang berbaloi dan tidak rugi keputusan saya untuk join program JTR ini khasnya dan menyertai group STG amnya.  Apabila pulang dari program ini saya rasa lebih positif dan tenang dalam menghadapi rutin harian saya terutamanya dalam menguruskan keluarga dengan anak-anak yang masih kecil serta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru.  Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan STG & JTR.

          

 PESERTA JTR SEDANG MENGIKUTI SLOT KUASA MINDA  PADA HARI KEDUA DENGAN TEMA PAKAIAN BERWARNA BIRU.

 PN. HJH SITI ATKAH, SIFU DAN MENTOR YANG HEBAT

PESERTA SEDANG KHUSYUK MENULIS IMPIAN MEREKA DALAM "WISH CARD"


BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PESERTA JTR PADA HARI PERTAMA DENGAN TEMA PAKAIAN BERWARNA OREN




Isnin, 22 September 2014

PANDUAN MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikun w.b.t......



PETUA TIDUR YANG BERKUALITI


     Alhamdulillah, bertemu lagi dalam entri saya yang seterusnya. .Masih lagi ingin berkongsi tentang masalah tidur di kalangan kita. Ramai dari kita yang mengambil ringan tentang tidur yang berkualiti.  Ingatlah kurangnya kesempatan tidur yang anda miliki merupakan kerugian. Menyempatkan diri untuk tidur di malam hari, meskipun dengan waktu yang minima, baik untuk kesihatan Anda, namun kualiti tidur yang baik, membantu meremajakan fikiran dan tubuh. Ulasan berikut adalah beberapa dari banyak manfaat tersebut :
  • Tidur mengurangi risiko penyakit
    Dengan tidur yang cukup, kadar hormon Melatonin dan Kortisol tetap berada dalam kondisi yang sihat. Ketika Kortisoldi cek, ia dapat menghalangi kerosakan sel penyebab kanser. Saat Anda di alam mimpi, bahan kimia yang disebut "modulator sistem kekebalan tubuh" meningkat untuk membantu tubuh melawan infeksi yang berpotensi, sehingga masuk akal bahawa tidur melindungi Anda dari penyakit umum seperti demam dan selsema. Hal ini disebabkan oleh kortisol, kerana tingkat tinggi hormon yang berhubungan dengan fungsi kekebalan tubuh.
  • Tidur meningkatkan kemampuan otak
    Kajian dari University of Luebeck, Jerman menemukan bahawa dari 106 orang yang diamati, orang-orang yang beristirahat malam secara penuh, tiga kali lebih mungkin untuk melakukan dengan baik pada tugas-tugas kognitif mengukur memori, kreativiti, dan keterampilan menyelesaikan masalah dibandingkan orang-orang yang kurang tidur. Hal ini disebabkan aktiviti otak yang terjadi selama segmen tertentu di saat kita tidur.
  • Tidur mempertahankan berat badan Anda
    Sebuahlagi kajiani bersama dengan lebih dari 1.000 peserta yang dilakukan University of Wisconsin dan Stanford University mendapati bahwa mereka yang tidur rata-rata lapan jam semalaman memiliki indeks massa tubuh (BMI) lebih rendah daripada mereka yang tidur kurang. 




Ahad, 21 September 2014

TESTIMONI PROGRAM JIWA TURBO REZEKI

Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Carian Google



HIDUP BERUBAH DENGAN HADIR PROGRAM JTR (JIWA TURBO REZEKI)


 PROGRAM JTR DI GAMBANG RESORT PADA 30-31 OGOS 2014

Perkongsian dari Cikgu Nor Hayati Arifin
Salam,
  Utk tatapan sume, sya ingin berkongsi d ttg progrm JTR yg telah saya hadiri pada awl Mac lps. Ms mula2 kawan2 ajak sy menyertai JTR ni sy telah menolak mentah2 sbb bg sy progrm motivasi ni sume sama je mcm yg penah sy hadiri sblm ini. kalau berubah pn mungkin la dlm program tu je & paling lme pn maybe dlm seminggu. tambahan pula masa tu tgh serabut dgn pelbagai mslh peribadi, so sy xnk pegi sbb sy rs ini akn menambhkn lg mslh yg sy rs mmg dh xde jln penyelesaian....tp setelah mndgr serba sedikit kehebatan JTR, sy rs terbuka skit ati ni utk join wpun dlm keadaan terpaksa.
  Alhamdulillah, perubahn bsr berlaku dlm diri sy setelah menyertai JTR. Mmg x dijangka langsung. 360 darjah hidup sy berubah. Tak sangka, ilmu yg beliau perturunkan dlm JTR ini bawa byk perubahan dlm diri sy terhdap suami, ank2, keluarga & stdnt sy di sekolah. Kalau dlu sy selalu berfikiran –ve, tp skrg tidak lg. Tak sangka juga sbb perubahan pda dri sy diperhatikan oleh seorg cikgu di sek saya. Seminggu slps sy menyertai JTR ni dia ada berborak dgn sy. Ni aytnya…”Kak Yati, sy suka tgk K.yati skrg. Sentiasa ceria n senyum je. mcm org xde mslh je. kt sek ni dlm keadaan stress pn k.yati bleh wt selamba je. ape rahsianya? Sy senyum je n jwb “now, I’m a +ve person”…cikgu tu jgk dh tulis kt blog yg dia kagum tgk perubahan sy yg sentiasa +ve dlm ape jua keadaan.
  Dlm bisnez plak x ssh ble kita aplikasikan ilmu yg kita dpt dlm JTR ni. Lg2 bila buat bisnez BE. Brg xpenah cukup. Ckp je org nak…ckp je org nk….tu la kehebatan produk kita. Rezeki dtg melimpah ruah. Dgn ilmu ni, ape yg kita nk pasti dpt... insyaAllah. Nk tau lbh lanjut kena dtg, mmg dahsyattttttt………
  Terima kasih yg x terhingga pd mentor2 hebat yang xpenah lokek ilmu dlm memberi tunjuk ajar pd sume rakan kongsinya. tanpa support dr mereka mungkin sy x jd cmni. maybe sy masih mcm dlu. sntiasa berfikiran -ve.

Pada kwn2 yg membaca perkongsian sy n x penah hadir JTR sblm ni, sy mmg amt m’alu2kn kedatgn anda. Percaya la bhw ilmu yg anda dpt dlm JTR ni xternilai dgn wang ringgit. Anda maybe bleh ckp yg ini mungkin gimik dr sy tp Lillahi Taala…sy x bohong. Wpun sblm ini sy penah join motivasi dgn seorg yg berpngkat DOKTOR sekalipun, tp ttp tiada tandingannya dgn JTR ni. Belum cuba belum tau….dah cuba nk dtg selalu……


Kawan2 yang nak tahu lebih detail program ini boleh hubungi saya di  
012-96 96 975 (K.Nik)
SukaSuka · 

Isnin, 11 Ogos 2014

KAYA BERTUHAN

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google

FORMULA HIDUP MUDAH

## AWAS 100% FREE : PREVIEW JIWA TURBO DI LOKASI SEKITAR ANDA!!

Anda berminat menyertai kami? Hubungi saya : 012-9696 975

Ahad, 29 Jun 2014

TESTIMONI BVSM

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK CHERANG RUKU

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Nik Norliza Nik Mat


Assalamualaikum...

     Alhamdulillah pada 25 & 26 Jun yang lalu, SMK Cherang Ruku dapat melaksanakan program tahunan Unit Ko Kurikulum iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke 15. KOT kali ini berjalan dalam keadaan hambar dan agak kelam kabut.  Hal ini mungkin disebabkan ramai guru yang tiada di sekolah disebabkan kursus dan bercuti.  Kelam kabut pula disebabkan pelajar-pelajar yang membuat kacau dengan melemparkan mercun bola merata-rata menyebabkan suasana sekolah bising dengan bunyi dentuman mercun seolah-olah berada di bumi Palestin.
   Walaupun dalam kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja dari pihak pelajar malahan guru,  namun perkembangan Rumah Temenggung agak memuaskan walaupun terpaksa akur dengan kedudukan mata yang rendah yang akhirnya melayakkan kami di tempat terakhir.   Walau bagaimanapun....GO TEMENGGUNG....GO, GO...WE ARE THE BEST"

Jumaat, 20 Jun 2014

TIPS MENGURANGKAN STRESS ATAU TEKANAN PERASAAN

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google



Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 

                              

  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.