Selasa, 14 Oktober 2014

PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Nik Norliza Nik Mat

   Hari ini saya ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan PT3 di sekolah saya.  Kami dikehendaki hadir dan lapor diri di dewan peperiksaan seawal 7.15 pagi.  Saya dapat sampai ke sekolah awal dari biasa tetapi tidaklah tepat-tepat 7.15 pagi. Ini adalah kerana saya perlu menghantar kelima-lima anak saya ke destinasi masing-masing sebelum meneruskan perjalanam ke tempat kerja. Dua orang  anak saya yang kecil perlu diletakkan di taska.  Sekiranya taska buka awal,  maka awal lah saya ke sekolah pada hari itu.  Seterusnya saya perlu menghantar anak sulong, kedua dan ketiga saya ke sekolah mereka.  Kemudian barulah saya dapat menuju ke tempat kerja. Kalaulah saya ni sorang diri sahaja ,rasanya saya antara orang yang terawal sampai di sekolah.
  Mood saya pada awal pagi ini agak baik kerana pengurusan anak-anak ke sekolah berjalan lancar. Walau bagaimanapun mood saya berubah menjadi sedikit stress apabila mengawas peperiksaan PT3 bagi kelas hujung. Ini adalah kerana sikap pelajar yang tidak cakna kepada masa depan mereka apabila tidak menjawab soalan dan bercakap-cakap dengan rakan sebelah serta tidur. Emosi saya sungguh tidak stabil melihat sikap pelajar demikian. Tidak tahulah apa yang difikirkan mereka saat berada dalam dewan peperiksaan. Mungkin mereka hanya mengharapkan peperiksaan segera selesai dan dapatlah mereka bebas dari kongkongan guru dan pelajaran.  Biasanya di sekolah saya ini apabila tamat peperiksaan nanti akan kedengaranlah bunyi dentuman mercun bertalu-talu seolah-olah berada di Syria dan Palestin bagi menandakan kebebasan dari peperiksaan.Masya Allah.
  

Ahad, 12 Oktober 2014

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian google

   Hari ini iaitu pada 13 oktober 2014 bermulalah peperiksaan PT3 bagi pelajar-pelajar tingkatan 3.  Tahun ini adalah tahun pertama perlaksanaan PT3 bagi menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR.
   Jika dilihat dari persediaan pelajar memang agak mendukacitakan kerana peperiksaan kali ini diurus oleh pihak sekolah dan bukan lagi Lembaga peperiksaan Malaysia.  Mungkin bagi pelajar mereka berasakan peperiksaan ini seperti peperiksaan akhir tahun biasa,  maka persediaan merekapun biasa-biasa juga.  Namun bagi guru, walaupun dasar dan cara berubah usaha dan gerak kerja mereka masih tetap seperti dulu. Sentiasa bersungguh-sungguh mendidik pelajar, sentiasa bersedia dengan bahan-bahan belajar.
   Walau apapun kita berharap peperiksaan kali ini berjalan lancar dan tidak timbul kesulitan sangat bagi pihak guru.

Jumaat, 10 Oktober 2014

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Koleksi Peribadi

     Di dalam entri sebelum ini saya berkongsi tentang pengalaman saya semasa ayah saya, abi menjalani  pembedahan penyakit hernia.  Entri kali ini ingin saya berkongsi pula perasaan saya selepas abi menjalani pembedahan.  Abi mempunyai 9 orang anak,  walau bagaimanapun hanya dua orang anaknya sahaja yang tinggal berhampiran rumahnya termasuk saya.  Walaupun jauh sedikit iaitu dalam sejam perjalanan tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana sudah biasa.  Semasa abi dibedah hanya saya & abang Long saya yang menunggu di hospital termasuk emak kami, umi.  Pada hari pembedahan dilakukan saya perhatikan tiadapun adik beradik kami yang bertanyakan khabar tentang situasi abi melalui telefon.  Kalau adapun hanya bertanya melalui whassup sahaja,  itupun tidak berhubung terus dengan umi atau abi.  

     Apabila saya suarakan rasa tidak puas hati ini di dalam group whassup keluarga,  respon yang diberikan amatlah mengejutkan saya. Tidak sangka pula ayat-ayat itu yang keluar dari mulut abang kami yang mempunyai didikan agama dan belajar tinggi hingga ke Mesir serta mempunyai isteri juga dari tahap pendidikan yang sama. Katanya abi bukan mati lagipun kalau mati barulah pak imam turun, maksudnya kalau abi mati dia sebagai seorang ustaz dan tok imam akan balik. Sayapun tidak tahu apa yang dia tidak puas hati terhadap umi dan abi.  Tetapi sebagai anak tidak patut kita berkata begitu,  apa yang dilakukan oleh ibu bapa maafkan sahaja...LET IT GO!  Namun bagi saya tiada apa-apa yang tidak kena di mata saya,  bila pulang ke rumah umi,  dia sekeluarga mendapat layanan yang baik dari kami walau kami tidak berkenan dengan isterinya yang pemalas dan tidak pandai mengambil hati mertua dan ipar duai.  Tetapi kami masih lagi menjaga perasaan dia sekeluarga.  Bila hendak pulang,  ada sahaja buah tangan dan duit dihulurkan kepada anak-anaknya. Bila saya bacakan mesej whassup ini kepada umi, memang umi marah dan umi ungkit segala peristiwa lama yang berkaitan dengannya terutama isu dia hendak berumahtangga. Saya harap dia sedar dengan sikapnya itu terhadap ibu bapa,  memang Allah tidak beri peluang kepada dia berbakti kepada abi yang sedang sakit padahal itulah sahaja peluang yang kita ada sebagai seorang anak. Allahuakbar...Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil. Amin.

Selasa, 7 Oktober 2014

PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Koleksi Peribadi


    Hari ini saya mengambil cuti rehat khas untuk menunggu abi yang akan menjalani pembedahan lebih kurang jam 11.00 pagi.   Abi adalah pesakit kedua yang akan dibedah pada pagi ini.  Saya tak sempat berjumpa dan bersalam dengan abi sebelum beliau masuk ke dewan bedah.  Jadi saya hanya tunggu di ruangan khas selepas pembedahan.  Harap-harapnya abi berada dalam keadaan stabil dan sihat.

     Alhamdulillah,  selesai sudah proses pembedahan abi setelah 3 jam berada di dalam dewan pembedahan. Saya dapat bertemu dengan abi dalam setengah jam sebelum bertolak balik untuk mengambil anak-anak yang tamat kelas fardhu ain pukul 4.30.  Insha Allah jika tiada apa-apa masalah abi akan keluar wad keesokan harinya.

Abi diziarahi oleh anak sulongnya Nik Jailani bersama cucu-cucunya

Isnin, 6 Oktober 2014

UJIAN DATANG LAGI.


Teks.   : Nik Norliza Nik Mat
Foto.   : Koleksi peribadi


   Hari ini hari raya haji yang kedua,  ayah saya atau abi dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi menjalani pembedahan penyakit Hernianya atau uluran.   Sebelum ini abi pernah dibedah pada 10 tahun yang lalu kerana penyakit yang sama,   namun penyakitnya itu datang kembali.  Abi diserang penyakitnya itu pada bulan puasa yang lalu selepas solat asar.   Apabila dibawa ke hospital abi meminta doktor terus melakukan pembedahan kerana tidak tahan sakit,  namun doktor memberikan ubat dan memantau keadaan beliau terlebih dahulu.  Apabila keadaannya stabil maka doktor memberikan tarikh yang sesuai untuk dibedah.