Jumaat, 10 Oktober 2014

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Teks. :  Nik Norliza Nik Mat
Foto. :  Koleksi Peribadi

     Di dalam entri sebelum ini saya berkongsi tentang pengalaman saya semasa ayah saya, abi menjalani  pembedahan penyakit hernia.  Entri kali ini ingin saya berkongsi pula perasaan saya selepas abi menjalani pembedahan.  Abi mempunyai 9 orang anak,  walau bagaimanapun hanya dua orang anaknya sahaja yang tinggal berhampiran rumahnya termasuk saya.  Walaupun jauh sedikit iaitu dalam sejam perjalanan tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana sudah biasa.  Semasa abi dibedah hanya saya & abang Long saya yang menunggu di hospital termasuk emak kami, umi.  Pada hari pembedahan dilakukan saya perhatikan tiadapun adik beradik kami yang bertanyakan khabar tentang situasi abi melalui telefon.  Kalau adapun hanya bertanya melalui whassup sahaja,  itupun tidak berhubung terus dengan umi atau abi.  

     Apabila saya suarakan rasa tidak puas hati ini di dalam group whassup keluarga,  respon yang diberikan amatlah mengejutkan saya. Tidak sangka pula ayat-ayat itu yang keluar dari mulut abang kami yang mempunyai didikan agama dan belajar tinggi hingga ke Mesir serta mempunyai isteri juga dari tahap pendidikan yang sama. Katanya abi bukan mati lagipun kalau mati barulah pak imam turun, maksudnya kalau abi mati dia sebagai seorang ustaz dan tok imam akan balik. Sayapun tidak tahu apa yang dia tidak puas hati terhadap umi dan abi.  Tetapi sebagai anak tidak patut kita berkata begitu,  apa yang dilakukan oleh ibu bapa maafkan sahaja...LET IT GO!  Namun bagi saya tiada apa-apa yang tidak kena di mata saya,  bila pulang ke rumah umi,  dia sekeluarga mendapat layanan yang baik dari kami walau kami tidak berkenan dengan isterinya yang pemalas dan tidak pandai mengambil hati mertua dan ipar duai.  Tetapi kami masih lagi menjaga perasaan dia sekeluarga.  Bila hendak pulang,  ada sahaja buah tangan dan duit dihulurkan kepada anak-anaknya. Bila saya bacakan mesej whassup ini kepada umi, memang umi marah dan umi ungkit segala peristiwa lama yang berkaitan dengannya terutama isu dia hendak berumahtangga. Saya harap dia sedar dengan sikapnya itu terhadap ibu bapa,  memang Allah tidak beri peluang kepada dia berbakti kepada abi yang sedang sakit padahal itulah sahaja peluang yang kita ada sebagai seorang anak. Allahuakbar...Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil. Amin.

1 ulasan:

  1. saya boleh komen, sabarlah umi dan abi. Sabar juga pada ahli keluarga yang lain. Pasti ada sebabnya.

    BalasPadam