Rabu, 1 Januari 2014

SALAM UKHUWWAH DAN SALAM PERKENALAN


Teks : Nik Norliza NIk Mat
Foto : Carian Google

Assalamualaikum w.b.t

   Salam perkenalan dihulurkan kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan membaca blog saya ini.  Alhamdulillah, ini adalah entri saya yang pertama dan ia bermula pada hari pertama tahun baru 2014.  Rasa teruja untuk menyiapkan entri ini memandangkan saya tidak mahir untuk berbicara melalui penulisan.  Harapan agar rakan pembaca sudi berkongsi ilmu dan tip dengan saya dalam dunia blogging ini.  Harapan juga agar Allah s.w.t memberikan kekuatan dan semangat untuk terus menulis dan berkongsi ilmuNya yang amat luas di dalam blog ini.

   Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.Nama sebenar saya, NIK NORLIZA BINTI NIK MAT.  Saya dilahirkan di Kota Bharu dan dibesarkan di Kedah dan Kelantan.  Mendapat pendidikan peringkat rendah di Jitra, Kedah. Manakala peringkat menengah saya bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu (I love MMP).  Saya kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan.  Selepas bergelar siswazah selama 3 bulan, saya ditugaskan buat pertama kalinya sebagai pendidik di Tawau, Sabah.

   Setelah bertemu jodoh pada tahun 2002,permohonan saya untuk berpindah ke Semenanjung telah diluluskan dan saya telah ditugaskan ke SMK Bukit Bunga, Tanah Merah.  Selama 2 tahun di situ, saya sekali lagi berpindah ke daerah Pasir Puteh dan bertugas di SMK Cherang Ruku sehingga sekarang. Kini hidup saya bahagia dan lengkap bersama suami tercinta beserta 5 orang cahayamata.

   Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, saya berasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.  Dengan kos hidup yang semakin tinggi dan perbelanjaan anak-anak yang semakin membesar, saya mula tekad untuk berniaga.  Walau bagaimanapun saya mempunyai masalah untuk bergerak ke sana sini kerana mempunyai anak-anak yang masih kecil.  Terlintas di fikiran saya untuk berniaga secara online kerana bagi saya sambil menyusukan atau menidurkan anakpun kita masih dapat berurusan dengan customer.

   Selepas tamat berpantang anak kelima baru-baru ini, saya telah melakukan solat hajat dan meminta izin dari suami untuk berniaga.  Saya telah mengeluarkan sedikit modal untuk memulakan bisnes saya menjual produk skincare iaitu D'HATI BEAUTY CARE.  Skincare ini sangat bagus dan berkesan dan saya amat berpuas hati dengan produk ini.  Produk skincare ini saya kenali ketika dalam pantang apabila terbaca satu post dalam facebook mengenainya.  Saya memberanikan diri untuk mencubanya kerana pada ketika itu wajah saya agak teruk kesan dari perubahan hormon semasa mengandung. Setelah mencuba dalam tempoh sebulan, saya dapati perubahan dan perbezaan di wajah saya.  Apabila mula bekerja setelah tamat tempoh berpantang, rakan-rakan menegur wajah yang nampak licin,gebu, cerah dan berseri walaupun baru lepas bersalin.  Ramai di antara mereka mula bertanya produk apa yang saya pakai.  Bermula dari situlah tergerak hati saya untuk menjual produk ini setelah mencubanya sendiri.  Sebelum ini saya memang kerap bertukar-tukar produk skincare.  Semua skincare yang ada dalam iklan tv dan majalah mingguan wanita telah saya cuba, tetapi satupun tak kekal dan sesuai dengan saya.  Apabila memakai D'HATI BEAUTY SKINCARE, saya terus jatuh hati.

   Saya sarankan kepada rakan-rakan pembaca untuk mencuba produk skincare ini.  Insha Allah, ia berkesan dan selamat untuk semua jenis kulit.  Ia mampu menyelesaikan segala masalah seperti kulit kusam, jerawat,jeragat, tona tidak sekata, kelihatan tua dari usia dan banyak lagi.  Kepada yang berminat boleh emel saya di pn.niknorlizanikmat@gmail.com


Wassalam.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan