Ahad, 30 Mac 2014

CUTI SEKOLAH BERMULA

Teks : Nik Norliza Nik MAt
Foto : Nik Norliza Nik Mat



   Cuti sekolah penggal pertama telahpun bermula.  Seperti biasa anak-anak saya bertanyakan bilakah mereka dapat pulang ke rumah nenek di Kota Bharu.   Biasanya saya akan menyuruh mereka bertanyakan suami kerana semuanya bergantung kepada masa dan peluang yang dia ada.   Apabila mereka bertanya suami, disuruh pula tanya umi....hi,hi,hi pening kepala anak-anak.

   Jadi,  pada hari Ahad lepas iaitu 16.3.14,   kami bertolak pulang dari Jerteh ke Pasir Hor, Kota Bharu.  Kami sampai agak lewat petang kerana singgah kenduri terlebih dahulu di Pasir Puteh.  Apabila tiba di rumah Umi, kami dikejutkan dengan berita yang mencemaskan iaitu Abi telah terjatuh dari motor sewaktu hendak ke masjid pada waktu Zohor.  Kebetulan juga saya sekeluarga pulang ketika itu,  jika tidak Umi seorang diri terpaksa menghadapi berita tersebut.  Telefon rumah tiada manakala telefon bimbit Abi ada bersamanya,  jadi Umi terpinga-pinga juga tidak tahu berita terkini tentang keadaan Abi. Sayapun terus menghubungi abang yang sulung (Along) yang ketika itu berada bersama Abi di wad kecemasan Hospital Sultanah Zainab II, Kota Bharu.

   Setelah bercakap dengan Along,  barulah saya tahu cerita sebenar dan keadaan terkini Abi di sana.   Rupa-rupanya Abi telah menekan brek tangan motosikal Yamaha yang dinaikinya secara mengejut   Mungkin Abi tidak sempat menongkatkan kakinya ke tanah menyebabkan dia terjatuh.   Kesan dari kejadian itu,  bahu sebelah kanan Abi tercabut dan ada luka sebelah dalam serta serpihan tulang.  Doktor telah cuba memasukkan sendi di bahunya tetapi tidak berjaya.   Oleh itu,  Abi perlu menjalani pembedahan untuk membuang serpihan tulang tersebut dan memasukkan dua batang skru serta membetulkan sendi yang tercabut. Ngeri bila dengar tentang pembedahan kerana walaupun ia adalah pembedahan yang kecil sekalipun,  risikonya tetap ada.  Macam kes Abi,  faktor umur adalah sesuatu yang memungkinkan timbulnya risiko semasa dan selepas pembedahan.   Sebelum pembedahan dilakukan,  doktor telah melakukan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati abi menghadapi masalah paru-paru.   Sel paru-paru Abi agak sedikit rosak akibat dari amalan merokok semasa muda dan juga berair.   Oleh itu doktor menerangkan kemungkinan berlaku masalah pernafasan selepas dibedah dan Abi perlu dipantau di wad icu selepas pembedahan tersebut.
      Saya yang ketika itu berada di rumah umi telah diminta oleh Umi untuk melakukan solat hajat memandangkan Umi dan adik-adik yang lain berada di hospital dan terdapat kekangan untuk menunaikan solat hajat di sana.  Sebelum pembedahan dilakukan , Abi perlu berpuasa.  Abi mula berpuasa pada pukul 12 tengah malam.  Namun tempoh  puasa Abi melebihi tempoh masa puasa wajib kita apabila terpaksa menyambung lagi puasa tersebut kerana bilik pembedahan masih penuh.  Keadaan Abi semakin teruk apabila tidak bertenaga langsung untuk bergerak ke tandas.  Jika sebelum ini memadai seorang sahaja yang memapah Abi ke tandas,  namun pada hari ke dua itu,  Abi terpaksa dipapah oleh 3 orang adik perempuan saya.  Setelah sehari menunggu giliran maka tiba lah giliran Abi untuk menjalani pembedahan.  Lebih kurang 3 jam masa pembedahan tersebut.  Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dilakukan dan Abi dalam keadaan stabil walaupun masih tidak sedarkan diri. Setelah 12 jam dipantau dalam wad icu,  Abi ditempatkan di wad biasa.  Ramai saudara mara kami yang datang menziarahi Abi ketika di dalam wad.  Selepas 2 hari berada di dalam wad, Abi dibenarkan pulang.  Adik-adik saya yang berada di luar Kelantan juga turut pulang untuk menziarahi dan melihat sendiri keadaan Abi. Kami berasa bertuah dan berterima kasih yang amat sangat kepada adik perempuan bongsu , Nik Nurun Amani yang kebetulan berada di rumah setelah tamat belajar dalam bidang nursing.  Sekarang ini dia lah yang banyak menguruskan Abi ketika berada di rumah.  Saya sentiasa mengikuti perkembangan Abi walaupun tidak dapat menjenguk Abi di rumah.  Harapan saya moga abi cepat sembuh dan dapat bergerak aktif sepbagai mana sebelum ini.

Isnin, 10 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370

Teks  : Nik Norliza Nik Mat
Foto  : Carian Google






   Tanggal Sabtu 8 Mac 2014,  dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada pukul 12.41 pagi dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6 petang.  Namun pesawat yang membawa 12 krew kabin, 239 penumpang termasuk dua bayi  itu gagal mendarat mengikut jadual.   Ia dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

    Hari ini adalah hari keempat pesawat tersebut hilang dan masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi hari Sabtu tersebut.   Pesawat itu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun bersama pegawai kanan, Fariq Ab. HAmid, 27 tahun.  Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18,365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763.

   Antara faktor kemungkinan yang menyebabkan sesuatu bencana berlaku terhadap mana-mana pesawat termasuk MH370 ialah :

  1. )  Struktur  kapal terbang 
  2. )  Kegagalan fungsi enjin.
  3. )  Kerosakan sistem elektronik termasuk sistem komunikasi
  4. )  Kesilapan manusia.
   Walau bagaimanapun semuanya itu adalah andaian manusia yang lemah dan terhad ilmu dan akalnya berbanding pencipta kita Allah S.W.T.   Semuanya adalah kuasa dan keajaiban Allah S.W.T yang mengatasi teknologi manusia.   Sebagai orang yang beriman ,  kita perlu percaya kepada kuasa Allah.   Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar pesawat ini dapat dijumpai dalam masa terdekat tidak kira apa jua kesudahannya samada gembira atau duka.

PRAY4MH370


Selasa, 4 Mac 2014

PUNCA JERAWAT

Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google

  Dalam entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang masalah jerawat di kalangan kita terutamanya kaum wanita.  Saya telahpun menggunakan produk skincare D'hati Beauty Care hampir 5 bulan.   Memang saya berpuas hati dengan produk ini setelah berpuluh tahun mencuba pelbagai jenis skincare sebelum ini.   Walau bagaimanapun ada satu masalah kulit wajah yang masih menganggu saya iaitu masalah jerawat.   Sebenarnya jerawat ini adalah masalah yang berpunca dari dalam dan ia agak sukar untuk di atasi.   Walau bagaimanapun, ia dapat diatasi sekiranya kita tahu punca jerawat tersebut. 






Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan jerawat keluar :

1.Perubahan hormone
    Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
      Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
 Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu, belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
       Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

5.Faktor Genetic
     Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
    Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
      Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pula golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
    Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
     Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
      Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

Rabu, 26 Februari 2014

BIO VELOCITY SLEEP MATE ~ SELIMUT DHUHA ~

Teks  : Nik Norliza Nik Mat
Foto  : Carian Google


APA DIA BIO VELOCITY SLEEP MATE (BVSM) 


* pertama di dunia dan di Malaysia
* pelapik tilam ini di suntik/ di sembur dengan garam laut organik
* di dedahkan pada cahaya matahari selama sebulan - waktu dhuha sahaja
* sebab masa ini ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan dan keberkatan

Kajian selama 20 tahun - BVSM hasil kajian saintis Soviet ,garam dari Korea,kain khas yg boleh simpan dan pancarkan gelombang dari german di kilangkan di Malaysia.

KENAPA GARAM 
  •  rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China.
  •  garam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Islam -gangguan makhluk halus ,penawar    racun.

Di adun dalam bentuk Bio Velocity kerana :

- kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia 
- bergetar bertindak dgn molekul air dalam badan
- ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba
 -terhasil oksgen.
 -Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yang tersumbat dalam salur darah juga melarutkan darah 
   beku di arteri jantung dan otak menjadikan darah lancar seluruh badan.
 -Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan pulih dgn izinNya
 - hormon balance,renewal sel berlaku sebab itu kita makin sihat dan awet muda.
KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM INI DI ADUN PADA SLEEPMATE BUKAN TOPI ?

- sebab masa tidurlah renewal sel berlaku tetapi tidur yang lena.
- BVSM bantu anda untuk dapatkan deepsleep tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku   dgn maksima yg mungkin.
-otak dapat berehat dari sebarang emosi,interaksi dan membuat keputusan.
-tidur yg lena dengan sleepmate akan pulihkan aura -rasa happy

KENAPA CAHAYA MATAHARI DHUHA DIPILIH.....APA YANG HEBAT TENTANG CAHAYA DHUHA ?

  1.  Mengandungi vitamin D
Pada waktu berkas sinar ultraviolet disaring di kulit, sinar tersebut merubah simpanan kolesterol di kulit menjadi vitamin D. Menerima paparan sinar matahari selama 5 minit saja sama artinya dengan memberikan 400 unit vitamin D pada tubuh anda. 

     2.   Membentuk dan memperbaiki Tulang

Meningkatnya vitamin D dalam tubuh karena paparan sinar matahari dapat meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tubuh anda. Kondisi ini adalah solusi dalam pembentukan dan pembaikan tulang dan mencegah penyakit seperti rakhitis dan osteomalacia. 

     3.   Penawar infeksi dan pembunuh bakteria.

Sinar matahari mampu membunuh bakteria penyakit, virus, dan juga jamur. Pada perawatan TBC, erysipelas, keracunan darah, peritonisis, pneumonia, mumps, dan asma, terapi sinar matahari sangat diperlukan. Bahkan beberapa dari virus penyebar kanser dapat dibinasakan oleh sinar ultraviolet ini. Infeksi jamur, termasuk candida, juga bakteria di udara bereaksi dan dapat dibinasakan oleh sinar matahari. 

     4.   Meningkatkan kesegaran pernafasan.

Peningkatan kapasiti darah untuk membawa oksigen dan menyalurkannya ke jaringan-jaringan adalah salah satu kegunaan sinar matahari. Selain itu, sinar matahari juga mampu meningkatkan kesegaran pernafasan karena jumlah glikogen akan bertambah setelah berjemur di bawah terik matahari. 

    5.    Kekebalan.

Saat kulit terkena sinar matahari, terjadi penambahan sel darah putih, terutama limfosit, yang digunakan untuk menyerang penyakit. Secara tidak langsung antibodi-pun akan ikut meningkat. Kondisi ini akan bertahan hingga 3 minggu. Menurut penelitian, 10 minit di bawah matahari satu dua kali seminggu dapat mengurangi resiko terkena flu hingga 30-40%. 

    6.   Merendam kolesterol darah.

 Ini merupakan kelanjutan proses di atas. Setelah kolesterol di bawah kulit diubah menjadi vitamin D, otak dan tubuh kemudian memberikan signal kepada kolesterol yang ada dalam darah untuk keluar dari darah menuju ke kulit. Dari proses inilah kadar kolesterol dalam darah dapat dikawal dengan baik. 

    7.   Mengurangi gula dalam darah.

Sinar matahari adalah insulin alami yang memberikan kemudahan penyerapan glukosa masuk ke dalam sel-sel tubuh. Hal inilah yang merangsang tubuh untuk mengubah gula darah menjadi glycogen, yang kemudian disimpan di hati dan otot. Proses inilah sebagai turunnya kadar gula darah.

    8.   5 minit terdedah kepada cahaya dhuha umpama mendapat 400 i u vitamim D

Begitu pentingnya matahari bagi Anda, mari jangan kita sia-siakan kebaikan Tuhan kepada kita yang telah memberikan sumber kehidupan bagi kita.


KENAPA GARAM TERPILIH.....APA YANG HEBAT TENTANG GARAM?

KEBAIKAN GARAM LAUT DALAM KOREA YANG BEBAS CEMAR

• Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
• Mengimbangkan tekanan darah.
• Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
• Menguatkan struktur tulang (kalsium).
• Kardiovaskular.
• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
• Menganjalkan saluran darah
• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
• Melaraskan kelancaran sistem saraf
• Membantu pembaharuan semula sel-sel
• Membantu pergerakan otot-otot usus
• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketidak seimbangan mineral
• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
• Membantu menguatkan tenaga batin

Kajian barat mengatakan rawatan gua garam HALOTHERAPHY amat berkesan untuk

"Halotherapy can help free your lung of the mucous which can clog airways and create breathing troublesFor more than 20 years dry salt aerosol, administered in specially-designed halochambers, has been used to treat upper and lower respiratory conditions such as cold and flu, allergy, asthma, bronchitis, cystic fibrosis, sinus infection, sinusitis, rhinitis, hay fever and emphysema."

In addition, the anti-bacterial and anti-inflammatory properties of dry sodium chloride aerosol has been show to effectively treat ear infection and conditions of the skin such as eczema, dermatitis and psoriasis.

Some of the many benefits you’ll receive from The Salt Room halotherapy include…

Abatement of bronchial inflammation
Removal of airborne pollen particles from airways
Strengthening of immune system that decreases allergic reaction to pollens
Cleansing and sanitation of the airways
Prevention and treatment of common cold and flu
Improvement of dermatological disorders such as acne, dermatitis and psoriasis
Reduction of snoring
Better sleep


RAMAI YANG SUDAH SEMBUH DARI SAKIT KRONIK YG DI TANGGUNG BERTAHUN 
-senggugut,
-stroke
-slipdisc
-migraine
-tekakan perasaan
-gila
-darah tinggi
-koma sebab otak kecut
-asma dan apa saja masalah kesihatn

CUMA PERLU TIDUR JERRR!!
- tidur dgn BVSM bagi yg belum sakit akan elakan sakit jantung ,stroke dan apa-apa juga penyakit dengan 
  izinnya.





Berminat??

Boleh pm saya 
@ 
SMS/WHASSUP
KE

012-96 96 975

Sabtu, 22 Februari 2014

TIPS CANTIK

Teks   :  Nik Norliza Nik Mat
Foto   :  Carian Google



Assalamualaikum w.b.t

    Salam sejahtera kepada pembaca blog Beauty Jameela.   Hari ini saya ingin kongsikan tip-tip untuk cantik,   sesuai diamalkan untuk kaum wanita dan juga kaum lelaki.   Mari kita teliti satu-persatu.





  1. Agar wajah selalu segar,  berseri-seri dan cantik,  cucilah minima 5x sehari dengan air wudhu.   Jangan terus dikeringkan,   biarlah ia menitis dan kering sendiri.   Lalu ambil lah sejadah lalu terus solat,  berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress,  perbanyakanlah 'olahraga'.   Cukup dengan memperbanyakkan solat.   Ketika solat,   kita menggerakkan seluruh tubuh.   Lalu berkonsultasilah pada Allah S.W.T dengan berzikir dan berdoa.
  1. Untuk pelembab,   agar awet muda,   gunakanlah senyuman.   Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati.   Jangan lupa bisikkan kata kunci "Allahumma Kama Hassanta Kholqi Pahassin Khuluqi" [Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlak ku]
  2. Untuk mendapatkan bibir yang cantik dan lembab,   bisikkan kalimat-kalimat Allah,   tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,   tidak menyombongkan diri dan takbur.
  3. Agar tubuh langsing,   mulus,  diet yang teratur ialah dengan berpuasa seminggu 2x iaitu Isnin dan Khamis.   Jika kuat,   lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s seperti selang satu hari.   Makanlah makanan halal,   perbanyakkan sayuran,   buah-buahan dan air putih.
  4. Untuk mengembangkan diri ,  sebarkan salam dan sapaan.   Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Itu sahaja untuk kali ini,   mungkin ada lagi tip-tip lain yang akan dikongsikan bersama.Wassalam

Sabtu, 15 Februari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Carian Google


Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tanggal 12 Rabiul Awwal menjelma lagi.  Bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.  Nabi yang diutus membawa rahmat ke sekalian alam bagi membina umat yang bertamadun.  Sebenarnya bukan dalam bulan ini sahaja kita mengingati Baginda S.A.W, tetapi ingatan itu patut ada sepanjang masa dan hingga akhir hayat kita.  Ini adalah kerana Nabi sendiri sentiasa ingat dan kasihkan kita umatnya walau tidak pernah bersua muka.  Hingga ke hayat terakhir baginda, umatnya sahaja yang diingati.
   Nabi Muhammad, contoh dan teladan yang terbaik untuk umat sekalian alam.  Sebagai umat baginda marilah sama-sama kita cuba untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.  Jika tidak dapat melaksanakan kesemuanya memadailah antara yang ringan dan yang termampu oleh kita.





JOM AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W !!!



        CARA RASULULLAH MAKAN ››››››

1. Menggunakan Tangan.
    Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya.  Lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.  Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
    Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
    Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
   Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of  treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah
    Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).


    Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
      Baginda S.A.W suka makan roti dan daging, dan senang pada buah pear.Bahagian kambing yg dugemari oleh Baginda ialah     bahagian lengan dan bahu.Bahagian yg tidak digemari pula ialah bahagian buah pinggang, kemaluan, buah kemaluan.Baginda tidak suka makan bawang merah dan bawang putih.


                                     ššššššRahsia Tidur Rasulullah S.A.W.


     Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

     Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang  telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhuk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

# Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,  semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.  Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.                         Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.  

Wallahua’lam.Jumpa lagi untuk sunnah-sunnah yang lain yang mampu kita teladani.



Rabu, 8 Januari 2014

CANTIK DI MATA DAN CANTIK DI HATI


Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google





    Wanita tercantik adalah wanita yang memiliki tubuh yang ramping, pinggang yang kecil, betis membujur, rambut yang panjang, berkulit putih, bibir kecil dan penuh, hidung mancung, dan mata yang bersinar.   Itulah persepsi cantik yang ada dalam fikiran kita khususnya wanita.   Persepsi inilah juga yang selalu didedahkan oleh media-media cetak mahupun elektronik bahawa kecantikan seseorang wanita itu hanya luaran sahaja.
   Menyukai kecantikan dan keindahan adalah sesuatu yang fitrah dan kecenderungan yg dimiliki oleh setiap wanita.   Perasaan ingin cantik ini juga adalah nikmat dari Allah SWT.   Namun kita seringkali silap dalam mendifinisikan maksud kecantikan yang sebenarnya.   Kita menganggap bahawa kecantikan wanita hanya tertumpu pada keindahan fizikal atau secara lahiriah saja. Seringkali kita menyaksikan betapa banyak wanita cantik di dunia ini tapi keindahannya itu tidak lengkap.  Peribadinya adalah peribadi yang tidak menyenangkan, kehidupannya huru-hara. Perilakunya tidak cantik bahkan menimbulkan masalah bagi diri sendiri dan orang lain.
   Padahal ALLAH menciptakan kita bukanlah dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk :
لقد خلقنا الانسان فى أحسن تقويم
 "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


   Siapakah yang membuat standard penilaian terhadap ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa ? Wahai para wanita percayalah bahawa wanita tercantik adalah wanita yang mampu memahami bahawa dia diciptakan dengan sebaik baik bentuk dan dia diciptakan adalah untuk beribadah kepadaNya sebagaimana firman Allah S.W.T :
                               

                                                   وما خلقت الجن والانسان الا ليعبدون 
 "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." 


   Berbahagialah ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tetapi juga cantik hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Tapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang di sekitar kita.
                                                   .اللهم كما حسنت خلقى فحسن خلقى
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadian (fizikal) ku, maka perindahkanlah pula akhlakku..(HR. Ahmad)



Wallahua'lam.