Rabu, 8 Januari 2014

CANTIK DI MATA DAN CANTIK DI HATI


Teks  :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google





    Wanita tercantik adalah wanita yang memiliki tubuh yang ramping, pinggang yang kecil, betis membujur, rambut yang panjang, berkulit putih, bibir kecil dan penuh, hidung mancung, dan mata yang bersinar.   Itulah persepsi cantik yang ada dalam fikiran kita khususnya wanita.   Persepsi inilah juga yang selalu didedahkan oleh media-media cetak mahupun elektronik bahawa kecantikan seseorang wanita itu hanya luaran sahaja.
   Menyukai kecantikan dan keindahan adalah sesuatu yang fitrah dan kecenderungan yg dimiliki oleh setiap wanita.   Perasaan ingin cantik ini juga adalah nikmat dari Allah SWT.   Namun kita seringkali silap dalam mendifinisikan maksud kecantikan yang sebenarnya.   Kita menganggap bahawa kecantikan wanita hanya tertumpu pada keindahan fizikal atau secara lahiriah saja. Seringkali kita menyaksikan betapa banyak wanita cantik di dunia ini tapi keindahannya itu tidak lengkap.  Peribadinya adalah peribadi yang tidak menyenangkan, kehidupannya huru-hara. Perilakunya tidak cantik bahkan menimbulkan masalah bagi diri sendiri dan orang lain.
   Padahal ALLAH menciptakan kita bukanlah dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk :
لقد خلقنا الانسان فى أحسن تقويم
 "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


   Siapakah yang membuat standard penilaian terhadap ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa ? Wahai para wanita percayalah bahawa wanita tercantik adalah wanita yang mampu memahami bahawa dia diciptakan dengan sebaik baik bentuk dan dia diciptakan adalah untuk beribadah kepadaNya sebagaimana firman Allah S.W.T :
                               

                                                   وما خلقت الجن والانسان الا ليعبدون 
 "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." 


   Berbahagialah ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tetapi juga cantik hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Tapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang di sekitar kita.
                                                   .اللهم كما حسنت خلقى فحسن خلقى
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadian (fizikal) ku, maka perindahkanlah pula akhlakku..(HR. Ahmad)



Wallahua'lam.

1 ulasan: