Isnin, 16 Jun 2014

TIPS TIDUR YANG BERKUALITI UNTUK KESIHATAN

Teks :  Nik Norliza Nik Mat
Foto  :  Carian Google

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah,   bertemu lagi kita dalam entri terbaru saya.  Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang tip atau petua untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.


MENDAPATKAN tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.
Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.
Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.
                                               

                                                

1) Kekalkan jadual waktu tidur.
Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2) Perhatikan makan dan minum anda.
Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

3) Cipta ritual waktu tidur.
Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.

4) Berada dalam keadaan selesa.
Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

5) Had tidur waktu petang.
Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.

6) Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.
Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

7 ) Pengurusan tekanan.
Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.

8) Temui doktor.
Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan doktor.



                                                
Dapatkan lapik Tilam Bio Velocity Sleep Mate untuk tidur yang berkualiti di samping merawat masalah kesihatan anda!!

CALL/SMS/WHASSUP : 012-9696975 (PN. NIK)

Selasa, 3 Jun 2014

PROGRAM MINDA MAGNET REZEKI (MMR)

Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Carian Google


Ini adalah program yang selalu dianjurkan oleh pengasas Smart Tycoon Group (STG) iaitu Puan Hajjah Siti Atikah.
Program yang dinamakan Minda Magnet Rezeki atau MMR mendedahkan kepada kita cara untuk berjaya, bahagia, tenang jauh dari masalah dan dekat dengan pencipta.



TERBAIK UNTUK ORANG PANTAI TIMUR!!! PERCUMA!!  PREVIEW MINDA MAGNET REZEKI


★ lebih 3000 hadiri
★ dah ramai yg berjaya dengan mengamal ilmu ini
★ teknik simple...mudah diikut
★ rahsia kebahagiaan
★ rahsia kekayaan
★ menjadikan minda biasa jadi luar biasa

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Norlia Mansor, BIZ WOMAN..DUNGUN >>
"MMR?? banyaaaak dah seminar yg sy hadiri tapi MMR sgt UNIK, satu seminar yg PADAT, SIMPLE, BERKESAN, MUDAH hanya spent 8jam bukan beratus2 jam/berhari2 mcm yg sy pernah attend before, yet very very cheap & yet very very EFFECTIVE!!! Yang buat & amal je DAPAT! BESTnyaaa... 'Kebahagiaan' tidak dapat dibeli dengan wang ringgit."

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
CIKGU Khatijah Osman, GURU BESAR SK KG NYIUR, PAKA>>
"Seminar yang sy akan datang 'recharge' setiap kali di adakan! Saya banyak apply dlm menaikkan prestasi sekolah.. alhamdullilah UPSR sekolah saya naik 300% .. saya ajar anak2 murid saya berdoa cara yg betul.. guru-guru wajib tau ilmu ni..

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Maimunah Ismail . JERTIH.dari peniaga pasar malam..sekarang jadi biz woman yg hebat
>> "Bila saya keluar buat biz ..saya mesti DA / DA dulu.. rezeki mmg mcm air mengalir.. dulu saya bekeng.. bergaduh sokmo ngan tok laki.. dah hampir bankrupt..alhamdullilah sejak hadir MMR semua mudah.. mulut tok sey doh ckp hudoh2"

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Dan banyak lagi testimoni yang akan saya kongsikan.
Jika masih tidak puas membaca, di jemput hadir beramai2 ke Preview Minda Magnet Rezeki.
Ini bukan preview yang biasa-biasa, insyallah anda bakal belajar dan menyedut ilmu berikut:

1. TEKNIK BERDOA.. jadi minda biasa kepada luar biasa
2. NLP .. bicara luar biasa tepat
3. MIND PROGRAMMING .. Teknik mudah dan cepat untuk menukarkan minda anda bila anda bermasalah, bimbang, takut dan risau.

Alhamdulillah syukur, ramai yang mengatakan walaupun datang prebiu, ilmu yang dapat bila diaplikasikan terus memberi hasil dan kebaikan.

YURAN AHLI HANYA RM50 SEORANG.

Tapi jika anda betul-betul serius nak belajar, kami pun serius nak membantu mendaftar PERCUMA, kerana kejayaan milik orang yang serius ingin berjaya.



  •  sbb tu kalau nak berjaya dok dlm jemaah yg dah berjaya! Mesti punya mentor rujukan... kalau tidak tak tahu hujung pangkal. MMR mengajar anda menjadi insan yg kenal diri. Semua perkara dilihat dr sudut positif dan tiada lagi stress membelenggu diri. InsyaaAllah... STG waddah perkasakan hidup berkualiti.
  • Yosni Yah betul kak siti .. mmr byk mengajar saya how to build up my self.. kenal Allah..kenal diri



KOTA BHARU : 13 JUN 2014 
8.00 - 12.00 TGH HARI
DYNASTY HOTEL



HUBUNGI  SAYA UNTUK MENDAFTAR SEKARANG !TEMPAT TERHAD!

ILMU PENGGERAK MINDA POSITIF
BERTEMU ANDA DI SANA..

Hubungi/ WhatsApp saya 012-9696 975 (NIK NORLIZA - KAK NIK)

TESTIMONI BIO VELOSITY SLEEP MATE

Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Carian Google



Bismillahirrahmanirrahim.
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi testimoni yang diambil dari customer rakan bisnes saya , Smart Tycoon Group.  Ini antara petikan testimoni tersebut :
Masalah kesihatan yang dihidapi oleh keluarga beliau sangat rumit.. Telah banyak ikhtiar yang dilakukan bagi mengubati dan merawat masalah kesihatan anak beliau.. Anak beliau menghidapi masalah lelah yang sangat kritikal dan juga masalah pada kulit yg kelihatan seperti gegata yg tebal dan gatal.. Anak beliau telah dibawa berjumpa doktor sehinggalah ke tahap berjumpa dengan doktor pakar dan juga ustaz-ustaz. Namun, hasil yang diharapkan tetap menemui jalan buntu.


Tapi alhamdulillah.. Allah membuka hati beliau  untuk bertemu dengan saya pada hari isnin yg lepas.. dan Alhamdulillah.. beliau telah membeli satu BVSM dahulu untuk mencubanya syukur... pagi td dpt call drpd beliau, nak beli lagi satu BVSM.. sbg tambahan utk diri beliau dan anak2 yg lain pula..

Syukur Ya Allah..gembira tak terkata Ya Allah..syukur dan gembira kerana dapat membantu insan yang memerlukan....yang selama ni tercari2 apakah wadah penyembuh terbaik bagi seluruh ahli keluarga beliau... Subhanallah.....

Utk pengetahuan rakan-rakan, pada hari pertama pertemuan saya dengan customer saya ini, saya bawa BVSM bersama-sama saya untuk didemokan kpd beliau.. masa mula-mula saya bertemu dgn beliau, beliau dah tak boleh duduk dgn selesa dah.. kenapa??? Beliau menyatakan bahawa ada rasa seperti sesuatu sedang bergerak2 menguit2 di dalam telinga dan hidung beliau.. masa tu saya belum mula buat demo dan belum bagi beliau pegang BVSM tu.. saya baru je bersalaman dgn beliau...
setelah tinggal berdua je di situ dan customer2 yg lain dah pun balik, barulah beliau menyatakan kpd saya bahawa beliau ada rasa tidak selesa seawal masa saya mula memasuki pintu bersama2 BVSM tadi...
saya cuma mohon kpd Allah, sembuhkanlah penyakit yg dihidapi oleh seluruh ahli keluarga customer saya ini.. dan Alhamdulillah...Allah memakbulkan doa saya dan juga doa customer sy utk sembuh..

Sesungguhnya kombinasi kristal garam dan cahaya waktu dhuha itu sangat-sangatlah mustajab dan mujarab utk mengubati semua penyakit manusia...
Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.






DAPATKAN BVSM ANDA HARI INI!!

CALL/SMS/WHASSUP KE : 012-96 96 975

Isnin, 19 Mei 2014

UJIAN YANG KECIL SAHAJA HANYA UNTUK MENGINGATKAN KITA KEPADANYA!!

Teks : Nik Norliza Nik Mat
Foto : Nik Norliza Nik Mat


    Pada 17.5.2014 yang lalu saya sekeluarga telah ditimpa kemalangan di persimpangan trafick Light berhampiran Hospital USM, Kubang Kerian.   Ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menziarahi orang tua saya di Pasir Hor.  Apabila menghampiri persimpangan trifick light, kereta saya telah dipotong oleh sebuah teksi dari arah belakang tetapi dari posisi yang salah iaitu dari bahagian kiri.   Teksi itu berjaya melintas kami dan berada hampir di hadapan kami.   Walau bagaimanapun suami saya sempat menekan brek dan mengawal keadaan.  Teksi tersebut seolah-olah tergesa-gesa mengajar lampu yang akan bertukar hijau.  Apabila lampu bertukar hijau dan kereta mula bergerak,   tiba-tiba kereta di hadapan teksi membrek,  teksi itu juga membrek dan kereta saya juga menekan brek,  begitu juga kereta di belakang saya.  Tetapi semuanya terlambat kerana keempat-empat kereta ini saling berlanggaran.  Namun kereta sayalah yang paling teruk sekali!!
    Keadaan di persimpangan trafic light itu sesak seketika,   beberapa orang pemandu meminta suami saya mengalihkan kereta bagi mengelakkan kesesakan.  Nasib baik kereta saya masih boleh bergerak walau bonet di hadapannya remuk teruk.  Dalam kemalangan ini kereta yang mengalami kerosakan teruk ialah kereta saya, manakala teksi yang memotong tiba-tiba itu hanya tercabut bumper belakangnya sahaja.   Manakala dua buah kereta lagi hanya mengalami calar kecil sahaja.  Suami saya agak berang juga dengan sikap pemandu teksi yang memotong dari arah yang salah itu.  Pemandu tersebut pada mulanya tidak mahu mengaku kesalahannya tetapi setelah diugut dengan mengatakan ramai saksi yang melihat keadaan itu,  barulah dia memohon maaf atas tindakannya.  Setelah berbincang dengan pemandu teksi itu,  kami sepakat untuk tidak membuat report polis dan bersetuju untuk membaiki kereta masing-masing.
    Setelah itu kami berniat untuk meneruskan  perjalanan pulang.   Walau bagaimanapun, apabila kereta kami bergerak dalam 500 meter, suami terpaksa menghentikan kereta apabila melihat tompokan tumpahan air yang banyak di atas jalan dan melihat asap kecil dari enjin.  Kami berhenti di Jambatan Pulau Melaka (berhampiran rumah bekas menteri besar Kelantan, Nik Aziz).   Di situ,  suami menghubungi lori towing untuk mengangkut kereta kami.   Saya dan anak-anak pula dibawa ke rumah adik ipar yang berhampiran kawasan tersebut.  Dari rumah adik ipar, kami dijemput oleh abang ipar dan dihantar ke rumah.  Anak-anak mula bertanyakan saya bagaimana keadaan mereka hendak ke sekolah esok.  Rugi jika mereka tidak dapat ke sekolah esok kerana sekolah mereka mengadakan Sambutan Hari Guru.  Saya menjawab tidak perlu fikirkan perkara tersebut kerana semuanya telah diatur oleh Allah S.W.T.  Seterusnya saya mengingatkan mereka agar jangan sedikitpun lupa dan lagha dari mengingati Allah kerana apabila lupa, Allah akan 'mengetuk' sedikit kepala kita untuk mengingatiNya.
    Alhamdulillah,  saya amat bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan yang teruk.   Hanya baby Auni yang berumur 9 bulan agak terkejut dan menangis kuat selepas pelanggaran tersebut.  Syukur padaMU ya Allah!

Selasa, 15 April 2014

APABILA RUTIN TERBABAS!!!

Teks   :  Nik Norliza Nik Mat
Foto   :  Carian Google

    Hari ini TERLEWAT BANGUN !!! Astaghfirullah hal azim.... 6:41 pagi.  Biasanya kalau 6:41 pagi ni anak-anak dah beres semuanya,  tunggu uminya jer siap pakai tudung.   Tapi apabila 6:41 pagi ini saya seorang yang baru terjaga,  manakala yang lain masih belum bangun termasuk si abah, maka kelam kabutlah jadinya. Dah lah dengan baju belum bergosok lagi, nasib baik anak-anak pakai baju PJ sahaja.  Biasanya saya siap menggosok baju untuk stok seminggu tetapi sejak si kecil Auni ni pandai merangkak laju selalu sahaja tergendala nak menggosok.
   Nasib baik juga anak-anak mudah dikejutkan dan tiada masalah mengurus hal persekolahan mereka.   Cuma Abang Chik yang berumur 4 tahun dan Auni yang berumur 8 bulan perlu diuruskan beg pakaian mereka.  Sayapun tak tahu macam mana saya boleh terbangun lewat pada pagi ni,  mungkin kerana kerap terjaga dek menyusukan Auni dan tidak mendengar bunyi penggera jam pada telefon.
    Walau bagaimanapun Alhamdulillah, saya dan anak-anak sampai dengan selamat dan sempat punch masuk sebelum keluar tanda merah.  Tetapi agak hairan juga apabila saya tiba di sekolah lebih kurang waktunya dengan rakan guru yang rumahnya hanya beberapa meter sahaja dari pagar sekolah. Bila diperhatikan memang begitu lah lumrahnya ,  mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah atau tempat kerja ni jarang yang tiba awal di sekolah.   Kadang-kadang kita yang tinggal lebih jauh dalam setengah jam perjalanan sampai awal dari mereka yang perjalanannya tidak sampai lima minitpun.
   Alangkan bahagianya kalau rumah sayapun dekat dengan sekolah tapi mungkin sikap saya juga sama dengan mereka iaitu tiba lewat juga di sekolah.  Apa-apapun bersyukurlah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas kita.  Wallahua'lam.

Rabu, 9 April 2014

KURSUS PERTAMA PADA TAHUN 2014

Teks   :  Nik Norliza Nik Mat


    Hari ini saya diarahkan membawa dua orang pelajar dari unit beruniform Puteri Islam untuk menghadiri Bengkel Penyediaan Buku Log Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Pasir Puteh.   Bengkel ini diadakan selama 2 hari bertempat di Pusat Latihan Daerah , Pejabat Pendidikan Pasir Puteh, Kelantan.   Pada masa yang sama,  guru penasihat bagi setiap sekolah samada menengah atau rendah dikehendaki mendaftar ahli Puteri Islam sekolah masing-masing.   Pendaftaran ini dilakukan secara online.  Biasanya apabila dikatakan online,  kebanyakan cikgu-cikgu sudah mula stress terutama guru yang agak veteran.   Golongan cikgu-cikgu yang berumur dalam lingkungan ini tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana ia akan menyebabkan tekanan darah mereka naik.
    Pada kebiasaannya, apabila sesuatu kerja itu berkaitan dengan sistem online,  tidak dapat tidak memang akan wujud masalah dengan sistem.  Situasi ini turut berlaku kepada saya.   Saya tidak dapat log in langsung ke dalam Sistem Online Puteri Islam sedangkan nombor dan pasword adalah mudah dan sama iaitu nombor kod sekolah.  Saya terpaksa menunggu hampir sejam lamanya untuk menunggu log in ke dalam sistem tersebut.   Mujurlah proses untuk mengisi nama-nama pelajar itu tidak menghadapi masalah.  Selesai proses pendaftaran tersebut tiada aktiviti atau pengisian untuk guru penasihat.  Justeru cikgu-cikgupun mulalah membuat pengisian sendiri,   ada yang buka 'kelab bual',  satu persatu isu dibincangkan termasuklah isu hangat terkini iaitu kehilangan pesawat mas MH370.   Walau bagaimanapun bagi bengkel penyedian buku log yang diikuti oleh pelajar masih berjalan lancar sehingga tamat jam 1.30 petang.
    Esok masih ada satu hari lagi untuk kursus dan bengkel ini.  Walau bagaimanapun saya meminta jasa baik rakan guru yang lain untuk menggantikan saya memandangkan banyak urusan di sekolah yang akan tertunda kerana cuti sekolah akan bermula minggu depan.

PERTANDINGAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID 2014

Teks  : Nik Norliza Nik Mat
Foto  : Nik Norliza Nik Mat



   Pada 1 April yang lalu,  satu pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid peringkat Zon 2, PPD Pasir Puteh telahpun berlangsung.  Pertandingan ini melibatkan 5 buah sekolah dan diadakan di SMK Sg. Petai, Pasir Puteh.  Pada tahun ini, sekolah kami SMK Cherang Ruku telah menyertai kesemua kategori yang dipertandingkan.  Kategori-kategori tersebut ialah Tilawah (Lelaki & Perempuan), Hafazan (Lelaki & Perempuan), Syarahan (Lelaki & Perempuan) serta Nasyid.

   Keputusan yang diperolehi agak memberangsangkan.  Kami telah berjaya mendapat johan bagi kategori Nasyid,  Syarahan Lelaki dan Tilawah Lelaki.  Manakala bagi kategori Syarahan Perempuan, Hafazan Perempuan dan Hafazan Lelaki, kami berjaya mendapat tempat Naib Johan.  Bagi pemenang-pemenang Johan dan Naib Johan,  mereka akan bertanding pula ke peringkat PPD yang akan berlangsung pada 8 April bertempat di SMK Tok Janggut.  Harapan kami agar peserta-peserta ini dapat membuat persembahan yang terbaik serta dapat memenangi mana-mana satu kategori yang dipertandingkan.